Follower



Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini hasan mutalib


usaha buat duit online di sini

Ipad2 dan Blackberyy untuk dimenangi!sini

jom menang sebijik honda city!di sini!

Nak award?.Submit blog anda disini!



Wednesday, May 11, 2011

Kongsi

Wednesday, May 11, 2011



Dibintangi oleh

Shaheizy Sam, Fizo Omar, Norliana Samsudin, Putri Mardiana, Pak Piee, Bront Palarae, Azad Jazmin, Chew Kin Wah, Verasingam, Rafidah Ibrahim dan ramai lagi.

Genre

Aksi Komedi

Ulasan

GUA pasti ramai peminat filem tempatan tidak sabar untuk menonton filem kedua arahan Farid Kamil ini. Manakan tidak, ‘trailer’nya saja sudah cukup menggempakkan dan bagaikan sebuah magnet yang kuat untuk menarik orang ramai menonton filem ini.

Jika filem pertama Farid, ‘V3 : Samseng Jalanan’ sedikit mengecewakan,  GUA rasa Farid telah memperbaiki kelemahannya untuk filem kedua ini. Kombinasi aksi dan komedi yang digabungkan dalam filem ini cukup bagus. Aksi lasak yang dipaparkan juga menjadi. Nampaknya, tidak sia-sialah David Teo menambah bajetnya dari RM 1.8juta kepada RM 2.5juta.

Bagi GUA, minit pertama dalam filem ini saja sudah penuh dengan aksi-aksi pergaduhan yang mengagumkan. Malah, aksi-aksi lucu yang dipaparkan juga mampu membuatkan penonton semua ketawa.

Dari sudut karakter pula, GUA rasa semua pelakon tidak kira dari watak kecil hingga besar, semuanya berjaya membawa watak masing-masing dengan bagus. Walaubagaimanapun, perasaan keterujaan GUA lama-kelamaan sedikit hilang.  Tidak tahu mana silapnya, walaupun penuh dengan aksi, GUA tidak nampak dan rasa klimaks filem ini.

Bagi GUA, plot penceritaan agak sedikit menghampakan. Bukan itu saja, GUA agak sedikit kecewa dengan pengakhiran filem ini. Mungkin durasi tidak cukup sehingga watak Bront Palarae tidak diperkembangkan lagi sehingga membuatkan ada yang tidak faham tentang perjalanan kisah ini.

Kalau boleh, GUA mengharapkan lebih lagi untuk filem Kongsi ini. Keseluruhannya, walaupun jalan ceritanya agak biasa, namun filem Kongsi tidak begitu menghampakan dari sudut aksi lasak yang dipaparkan. Filem ini sesuai untuk ditonton bagi mereka yang meminati aksi-aksi lasak, gaduh dan gangster.
Sinopsis

Kongsi mengisahkan tentang penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India ini menjadi huru-hara dengan kematian seorang demi seorang ahli kumpulannya. Pergaduhan besar hampir berlaku kerana mereka saling tuduh-menuduh antara satu sama lain apabila berlaku pembunuhan.

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Olla (Yana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan agak sukar untuk mendapatkan maklumat kerana pembunuh tersebut licik dan bergerak sendirian. Penyiasatan ASP Sharif akhirnya berjaya menjejak kehadiran seorang pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.

Pelbagai peristiwa dan aksi berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap tersebut. Namun, segala ancaman yang dilakukan oleh Tumulak adalah didalangi oleh Kimpedu (Bront Palarae). Kimpedu mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur.

ASP Sharif yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya itu. ASP Sharif juga diugut tetapi ianya tidak mematahkan semangat dalam menjalankan tugasnya. Adakah ASP Sharif mampu mematahkan usaha Tumulak sekaligus melumpuhkan aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur? Bagi merungkai segala persoalan, saksikan ‘Kongsi’ mulai hari ini di pawagam berhampiran anda.

Info

1. Sebuah kereta Waja dan kereta lumba dihapuskan sepenuhnya semata-mata bagi menghidupkan adegan kejar-mengejar antara polis dan Tumulak.

2. Akan mula ditayangkan di 100 buah panggung wayang seluruh Malaysia, Brunei & Singapura mulai 12 Mei 2011.

Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

No comments:

Post a Comment

Auto Backlink

Free Auto BacklinkFree Auto BacklinkFree Auto Backlink
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
HakCipta Terpelihara CotaTua© 2011