Follower



Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini hasan mutalib


usaha buat duit online di sini

Ipad2 dan Blackberyy untuk dimenangi!sini

jom menang sebijik honda city!di sini!

Nak award?.Submit blog anda disini!



Showing posts with label filem melayu. Show all posts
Showing posts with label filem melayu. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Kongsi

Wednesday, May 11, 2011



Dibintangi oleh

Shaheizy Sam, Fizo Omar, Norliana Samsudin, Putri Mardiana, Pak Piee, Bront Palarae, Azad Jazmin, Chew Kin Wah, Verasingam, Rafidah Ibrahim dan ramai lagi.

Genre

Aksi Komedi

Ulasan

GUA pasti ramai peminat filem tempatan tidak sabar untuk menonton filem kedua arahan Farid Kamil ini. Manakan tidak, ‘trailer’nya saja sudah cukup menggempakkan dan bagaikan sebuah magnet yang kuat untuk menarik orang ramai menonton filem ini.

Jika filem pertama Farid, ‘V3 : Samseng Jalanan’ sedikit mengecewakan,  GUA rasa Farid telah memperbaiki kelemahannya untuk filem kedua ini. Kombinasi aksi dan komedi yang digabungkan dalam filem ini cukup bagus. Aksi lasak yang dipaparkan juga menjadi. Nampaknya, tidak sia-sialah David Teo menambah bajetnya dari RM 1.8juta kepada RM 2.5juta.

Bagi GUA, minit pertama dalam filem ini saja sudah penuh dengan aksi-aksi pergaduhan yang mengagumkan. Malah, aksi-aksi lucu yang dipaparkan juga mampu membuatkan penonton semua ketawa.

Dari sudut karakter pula, GUA rasa semua pelakon tidak kira dari watak kecil hingga besar, semuanya berjaya membawa watak masing-masing dengan bagus. Walaubagaimanapun, perasaan keterujaan GUA lama-kelamaan sedikit hilang.  Tidak tahu mana silapnya, walaupun penuh dengan aksi, GUA tidak nampak dan rasa klimaks filem ini.

Bagi GUA, plot penceritaan agak sedikit menghampakan. Bukan itu saja, GUA agak sedikit kecewa dengan pengakhiran filem ini. Mungkin durasi tidak cukup sehingga watak Bront Palarae tidak diperkembangkan lagi sehingga membuatkan ada yang tidak faham tentang perjalanan kisah ini.

Kalau boleh, GUA mengharapkan lebih lagi untuk filem Kongsi ini. Keseluruhannya, walaupun jalan ceritanya agak biasa, namun filem Kongsi tidak begitu menghampakan dari sudut aksi lasak yang dipaparkan. Filem ini sesuai untuk ditonton bagi mereka yang meminati aksi-aksi lasak, gaduh dan gangster.
Sinopsis

Kongsi mengisahkan tentang penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India ini menjadi huru-hara dengan kematian seorang demi seorang ahli kumpulannya. Pergaduhan besar hampir berlaku kerana mereka saling tuduh-menuduh antara satu sama lain apabila berlaku pembunuhan.

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Olla (Yana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan agak sukar untuk mendapatkan maklumat kerana pembunuh tersebut licik dan bergerak sendirian. Penyiasatan ASP Sharif akhirnya berjaya menjejak kehadiran seorang pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.

Pelbagai peristiwa dan aksi berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap tersebut. Namun, segala ancaman yang dilakukan oleh Tumulak adalah didalangi oleh Kimpedu (Bront Palarae). Kimpedu mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur.

ASP Sharif yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya itu. ASP Sharif juga diugut tetapi ianya tidak mematahkan semangat dalam menjalankan tugasnya. Adakah ASP Sharif mampu mematahkan usaha Tumulak sekaligus melumpuhkan aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur? Bagi merungkai segala persoalan, saksikan ‘Kongsi’ mulai hari ini di pawagam berhampiran anda.

Info

1. Sebuah kereta Waja dan kereta lumba dihapuskan sepenuhnya semata-mata bagi menghidupkan adegan kejar-mengejar antara polis dan Tumulak.

2. Akan mula ditayangkan di 100 buah panggung wayang seluruh Malaysia, Brunei & Singapura mulai 12 Mei 2011.

Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

Hikayat Merong Mahawangsa (2011) HDTVRip AVI,MKV & RMVB Mediafire






Hikayat Merong Mahawangsa (2011) HDTVRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Synopsis
Pada tahun 120, Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian dan Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat . Sewaktu angkatan Rom berada di Goa, mereka meminta Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan Puteri dari Dinasti Han. Tetapi lanun dari Geruda memutuskan untuk menculik Puteri China. Di pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom? Saksikan kesudahannya dalam HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.

Genre
Action | Adventure

Info
http://www.imdb.com/title/tt1784670/

Trailer


Screenshot



Download

SINGLE LINK (700MB)
FileServe | FileSonic | DuckLoad

SINGLE LINK MKV 720p (1.3GB) | SCREENSHOT
FileKeen

MEDIAFIRE

AVI (700MB)
part 1- http://adf.ly/1HCUf
part 2- http://adf.ly/1HCVJ
part 3- http://adf.ly/1HCW8
part 4- http://adf.ly/1HCWp

RMVB (386MB)
part 1- http://adf.ly/1HSni
part 2- http://adf.ly/1HSnw

MKV (360MB)
part 1- http://adf.ly/1HTiK
part 2- http://adf.ly/1HTjW

ps/ jika anda menghadapi masalah link xleh nk bukak or download mungkin disebabkan server Mediafire itu sndiri..link download utk filem nih masih elok...clear cache/history browser anda.
Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

Gadoh (2009) DVDRip AVI Mediafire




Gadoh (2009) DVDRip AVI Mediafire

Synopsis
Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.

Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us? Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves.

Genre
Drama | Action

Pelakon
Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah

Trailer


Download

MEDIAFIRE

AVI (579MB)
part 1- http://adf.ly/1UJDU
part 2- http://adf.ly/1UJDg
part 3- http://adf.ly/1UJDx
part 4- http://adf.ly/1UJEM
part 5- http://adf.ly/1UJEb
part 6- http://adf.ly/1UJEq
Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

Di Sebalik Tabir Momok Jangan Panggil Aku (2011) SDTVRip Astro Ria AVI Mediafire





Di Sebalik Tabir Momok Jangan Panggil Aku (2011) SDTVRip Astro Ria AVI Mediafire

Sinopsis
Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya.

Genre
Horror | Comedy

Pelakon
M Jamil, Ariff S Shamsuddin, Cassandra Patrick, Mariani, Yassin Salleh, Amin Khan, Ery Zukhairi

Trailer


Screenshot



Download

MEDIAFIRE

AVI (175MB)
http://adf.ly/1UVlV

layan di sebalik dulu daaa...
Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

Main-main Cinta (2006) Download






Pasangan ideal Kolej Metrowealth, Farah dan Adam sering menjadi bualan tiap warga kolej tersebut. Mereka bukan sahaja popular, bijak dan berpengaruh di kalangan pelajar, malahan kenakalan mereka membuat mereka menjadi 'idola' para pelajar. Bagaimanapun, kemesraan Adam dan Farah menyebabkan pelbagai pihak iri hati, terutama Maya, pelajar cantik yang mahu mengambil alih populariti Farah di kolej. Maya juga ada hati dengan Adam dan cuba bersungguh-sungguh untuk mencuri hati Adam dengan tujuan menyakitkan hati Farah serta untuk kepentingan statusnya. Kehadiran seorang pelajar baru yang tampan, Farid, menggugat populariti Adam. Adam rasa tergugat apabila Farid mula menjadi perhatian di kalangan pelajar, lebih-lebih lagi Farah. Sebagai pelajar baru, Farid berkawan dengan semua orang tetapi sifat sebenarnya lebih suka menyendiri dan suka berfalsafah. Pada suatu malam, Maya berjaya memerangkap Adam untuk keluar dengannya dan mengambil foto yang menunjukkan kemesraan mereka berdua. Gambar tersebut diedarkan melalui e-mel, dan itu menyebabkan Farah menyangka Adam telah berlaku curang terhadapnya. Farah yang kecewa kemudian mahu membalas dendam iaitu dengan cara memikat hati Farid supaya Adam merasa cemburu. Kelakuan Farah membuatkan Adam kecewa dan semakin rapat dengan Maya...





 Info or DOWNLOAD HERE 
(after click download,adf.ly ,klik skip add after 5 seconds,enjoy!)

Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

Tuesday, May 10, 2011

Hot:! Trailer Filem Kongsi Dan Synopsis

Tuesday, May 10, 2011



Filem aksi komedi yang bertajuk Kongsi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. 

Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. 

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.


Pelakon Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati


Pelakon yang membintangi filem Kongsi ialah Farid Kamil, Fizo Omar, Shaheizy Sam, Norliana Samsudin dan Zul Handyblack.

Trailer Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati!




LIma watak dalam Kongsi Lu Langsi Lu Mati

u tahu tak apa maksud lu langsi lu mati? LANGSI tu tahu? kalau tak tahu, meh sini  nak habaq , langsi tu show off. aku baca tang translate ke english dia laa HAHA, kira macam lu belagak, lu matiks laaa gituu !
  • tumulak - memang ohsem ah tak payah cakap banyak. HENSEM gila dia dalam filem ini, dekat luar pun hensem, peramah, sweeeeet , sportinggg kbai mls nak puji. MASALAH dia nak puji tumulak terpuji sam pulak T_________T
  • shariff bin sharifudin - "Seghabut natey beghuk nih!!" memang dia ni watak paling sibuk ah kalau tak tumulak dah berjaya dah dengan misi dia taww. seghabukkkk
  • mikail bin maliki - 'Kongsi gellak gappo lagu ni, cubik skit jeritt suppo pondeyy' best gila bila mikail terpotong jari sendiri T__T
  • olla - fuhh, seksi gila, lawa pulakkkkk tu ! dauspozi sukalettewww
  • Yati - comel gila mase pusing pusing kain batik HAHA ,
  • inspektor fakhrul - bibir kau taknak hot lagi ke? AHAHA

Shaheizy Sam - "Tehe sikit, kongsi gelap gappo lagu nih! Cubit sikit jerik supoo ponde!" ayat tak leh blah! Haha!

Fuh! Lawak nak mampus. Haha! Filem gangster campur lawak. Wajib tonton filem ni. Mesti best kalau Adnan Sempit(masih lekat nama ini) berlakon. Hahah. Berada di pawagam tahun hadapan(2011).

kredit: http://ammirizzat.com

Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

Monday, May 9, 2011

Hot!: Seru Trailer and Review

Monday, May 9, 2011


Menonton filem ‘Seru’ arahan duo Pierre Andre dan Ming Jin akan membuat anda acapkali berkata; “Eh, macam filem ‘Quarantine’ dan ‘Blair Witch Project’ lah!”. Sesungguhnya penulis tidak menafikan ‘Seru’ banyak membuat rujukan kepada kedua-dua filem Barat ini. Buat pertama kalinya filem saspens seram dengan menggunakan teknik ‘found footage’ mula mengambil tempat di persada industi perfileman tempatan.


‘Seru’ bermula dengan sekumpulan krew penggambaran filem yang sedang menjalani penggambaran di sebuah hutan pencil. Pierre Andre membuat kameo di awal filem sebagai salah seorang ‘pelakon’ yang sedang menjalani penggambaran di situ. Keadaan mula menjadi keruh dan tidak keruan apabila dua daripada krew filem tersebut dirasuk oleh suatu kuasa halus. Maka bermulalah adegan saspens dan mencurigakan apabila keadaan individu yang dirasuk itu tidak pulih dan bermacam-macam kejadian aneh menimpa krew filem yang tinggal.

Filem ini bijak mengimbangkan penceritaan yang mudah dan plot linear yang mudah diikut oleh penonton dengan kejutan dan elemen seram dan saspens yang konstan sepanjang filem ini. Plotnya digarap dengan kemas dan berentak laju, menjadikannya tidak bosan dan bijak. Kesan khas dan audio juga amat teliti dan berketepadan dengan nuansa cemas yang dipaparkan. Ada banyak babak-babak di sepanjang filem ini yang mampu membuat anda memaut erat pemegang tempat duduk atau peluk kaki dan berpaling ke arah lain kerana tidak sanggup untuk melihat adegan ngeri dan ganas yang ada. Ada juga babak-babak di dalam filem ini yang anda akan rasa terlalu mirip kepada filem-filem seram Korea atau Jepun namun oleh kerana perspektif yang ditampilkan adalah daripada pandangan si pemikul kamera itu sendiri, membuatkan seolah-olah anda yang mengalaminya, membuatkan menonton babak itu suatu pengalaman seram yang anda akan ingat walaupun anda sudah menontonya tiga hari yang lepas. Pierre Andre dan Ming Jin juga berani kerana menampilkan muka-muka baru di dalam filem ini. Satu-satunya wajah yang dikenali penulis adalah Shaarnaz Ahmad, itupun hanya kerana penulis pernah melihat dia berlakon dalam drama bersiri ‘Dottie’ suatu ketika dahulu.

Walaubagaimana pun, seperti yang telah diterangkan tadi, penulis berpendapat bahawa duo pengarah filem ini seakan terlalu bergantung-rujuk kepada filem-filem berteknik serupa seperti ‘Cloverfield’, ‘Quarantine’ dan ‘Blair Witch Project’. Adegan lari-lari dalam semak dengan sudut kamera bergoyang-goyang di paras kaki, bermonolog dekat benar dengan lensa kamera dan bertukar-tukar tetapan pada kamera (padam/hidup lampu, tetapan night-vision) seakan terlalu mirip seperti filem-filem yang disebut tadi. Ada beberapa bahagian yang jika diteliti semula agak tidak masuk akal dan cuai. Antaranya:

Bolehkah anda menolak kereta dengan sebelah tangan sambil memegang kamera pada tangan kanan, dan melakukan kedua-dua aktiviti itu serentak dengan selesa?

Bayangkan leher anda dijerut dan anda ditarik ke atas, adalah anda masih lagi mampu memegang kamera dengan baik dan menghalakan fokusnya ke bawah sedangkan secara logiknya pasti anda akan (mungkin) melepaskan kamera tersebut dan mencuba untuk meloloskan diri daripada jerutan tersebut.

Namun begitu, ‘Seru’ merupakan percubaan berani dalam kategori filem seram tempatan. Penggemar filem seram semestinya wajib menonton filem ini dan nilaikan sendiri hasilnya.

kredit:shyndeye

Ada video menarik untuk di share? NaK menang RM5k? Klik sini

Auto Backlink

Free Auto BacklinkFree Auto BacklinkFree Auto Backlink
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
HakCipta Terpelihara CotaTua© 2011